Entri ini adalah bertujuan untuk memberi pengajaran.Tragedi ini berlaku pada penghujung tahun lepas di mana seorang lelaki dalam lingkungan 40an telah terjatuh dari tingkat 19 bangunan terus ke Ground Floor. Keadaan mayat amat mengerikan dan tak perlu saya ceritakan di sini. Saya tak berani nak menulis punca beliau terjatuh kerana bimbang tersalah lapor. Walau bagaimanapun, pihak Main-Contractor telah pun memberi peringatan kepada semua pekerja2 tapak binaan dengan dedikasi dan berhemah. Segala yang perlu dilakukan oleh pihak Building Safety telah dilakukan dengan baik sebelum tragedi ini berlaku. Dan dengar khabar, kes ini telah berjaya diselesaikan.
Tidak lupa ucapan takziah buat keluarga mangsa. Oleh itu, Utamakan Keselamatan tak kira di mana anda berada.Otak mangsa yang bersepai melekat di Passenger Hoist / Lif Penumpang Sementara.