Click Here And Earn Money

TRANSLATE

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Penghafaz Ilmiah

Slab Concreting

Beginilah keadaan tandas kondominium ini sebelum dikonkrit. Segala setting out dirujuk / diukur berdasarkan 'Toilet Setting Out yang diluluskan oleh Akitek. Sebelum 'pipe sleeve dipasang, tukang paip perlu memastikan grid line terlebih dahulu sebelum ukuran dilakukan. Kerja2 sebegini hanya orang yang professional atau berpengalaman yang boleh melakukannya.

Juga kelihatan kayu 2" x 4" dipasang. Ini adalah untuk menentukan kawasan RC Kerb kerana batu-bata akan dipasang di atas RC Kerb tersebut. Kelihatan pipe putih kecil yang melintang adalah Basin outlet.

Sebelum dikonkrit, Structure Clerk Of Work atau pun Pemeriksa Struktur akan melakukan inspection untuk memastikan segala penasangan besi adalah mengikut spesifikasi Jurutera Struktur dan Akitek Clerk Of Work ini adalah dari pihak pemilik bangunan atau konsultan yang dilantik oleh pemilik bangunan.

Ini adalah proses yang getir kerana sekiranya pemasangan struktur besi di'reject', ini boleh meninggalkan kesan yang buruk dari segi kos membaiki dan masa.

Slab opening untuk laluan concrete pipe.

Kelihatan ialah getah penghadang atau ia biasanya dipanggil 'Rubber Joint Water Stop'. Gunanya ialah untuk menghadang air dari memasuki liang2 konkrit yang halus sekaligus mengelakkan dinding konkrit daripada kebocoran. Ia biasanya dipasang di kawasan tangki air konkrit, landskap, kolam dan sebagainya.


Rakan sekerja saya, En Andy Erwan adalah Senior Site Agent di site ini. Kelihatan beliau sedang memantau pekerja2 binaan.
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com
Category:

Boleh Komen di Sini


ShoutMix chat widget

FACEBOOK

Related Posts with Thumbnails

Klik Di Sini

Click Here And Earn Money