Lukisan adalah Master dalam sesuatu projek. Tanpa lukisan, bangunan tidak boleh dibina. Lukisan juga penting untuk kelulusan pihak majlis tempatan berkuasa, Arkitek, Jurutera Berdaftar, Perunding ( Consultant ), Bomba, Jabatan Perancangan Bandar, Pejabat Tanah dan sebagainya. Ini berlaku di semasa di awal perancangan pihak pemaju untuk membina sesuatu bangunan. Setiap inci bangunan mesti ada lukisan tersendiri. Setiap inci bahan yang dipasang di dalam bangunan juga memerlukan lukisan. Setiap bahan yang dipasang perlu mendapat persetujuan bertulis dari pihak-pihak yang berkenaan. Terdapat ada beberapa jenis lukisan wajib yang lazim dipraktikkan di Malaysia :
ARCHITECTURE :
1 ) TENDER DRAWING / ADDENDUM DRAWING
2 ) CONSTRUCTION DRAWING
3 ) ARCHITECTURE DRAWING - Sectional Details Drawing, Schedule of Doors and Windows
dan sebagainya.
4 ) PRESENTATION DRAWING
5 ) REFLECTED CEILING PLAN
6 ) AS BUILT DRAWING
Sebenarnya terdapat banyak lagi lukisan-lukisan yang saya tidak dapat nyatakan di sini. Sebagai seorang pelajar / kontraktor, lukisan-lukisan di atas adalah amat penting untuk dikaji dan diteliti sebelum memulakan kerja. Terdapat banyak masalah-masalah yang tersembunyi yang hanya dapat dibongkar sekiranya kita selalu meneliti lukisan-lukisan tersebut. Ini termasuklah membuat perbandingan atau teknik 'Super Imposed' di antara lukisan-lukisan Architecture / Structure dengan lukisan-lukisan M&E ( Mechanical & Electrical ).
Bidz
Click Here And Earn Money
TRANSLATE
by : BTF
Penghafaz Ilmiah
Subscribe to:
Posts (Atom)