Click Here And Earn Money

TRANSLATE

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Penghafaz Ilmiah

Mangsa Terjatuh Dari Tingkat 19 Tapak Binaan

Entri ini adalah bertujuan untuk memberi pengajaran.

Tragedi ini berlaku pada penghujung tahun lepas di mana seorang lelaki dalam lingkungan 40an telah terjatuh dari tingkat 19 bangunan terus ke Ground Floor. Keadaan mayat amat mengerikan dan tak perlu saya ceritakan di sini. Saya tak berani nak menulis punca beliau terjatuh kerana bimbang tersalah lapor. Walau bagaimanapun, pihak Main-Contractor telah pun memberi peringatan kepada semua pekerja2 tapak binaan dengan dedikasi dan berhemah. Segala yang perlu dilakukan oleh pihak Building Safety telah dilakukan dengan baik sebelum tragedi ini berlaku. Dan dengar khabar, kes ini telah berjaya diselesaikan. Tidak lupa ucapan takziah buat keluarga mangsa. Oleh itu, Utamakan Keselamatan tak kira di mana anda berada.


Otak mangsa yang bersepai melekat di Passenger Hoist / Lif Penumpang Sementara.

Pemandangan Permai Dari Atas Tingkat Yang Paling Tinggi




Contoh Sampel Board

Ini adalah contoh2 sample board untuk dihantar ke akitek untuk mendapatkan kelulusan.

Tiling


Ceiling Gypsum Board

Plaster Ceiling Board


Sample Tandas Duduk

Sample Sanitary Fittings



Untuk pemasangan sesuatu material di dalam sesuatu bangunan bukanlah perkara mudah. Segala2nya mesti mempunyai surat kelulusan hitam putih dari akitek / pihak berkuasa. Sekiranya akitek mendapati material yang dipasang adalah berlainan daripada sampel yang diluluskan, akitek berhak membatalkan pemasangan material tersebut. Ini akan mengakibatkan nama kontraktor yang memasangnya akan di'blacklisted', kerugian kos dan masa serta denda lewat menyiapkan projek.

Slab Concreting

Beginilah keadaan tandas kondominium ini sebelum dikonkrit. Segala setting out dirujuk / diukur berdasarkan 'Toilet Setting Out yang diluluskan oleh Akitek. Sebelum 'pipe sleeve dipasang, tukang paip perlu memastikan grid line terlebih dahulu sebelum ukuran dilakukan. Kerja2 sebegini hanya orang yang professional atau berpengalaman yang boleh melakukannya.

Juga kelihatan kayu 2" x 4" dipasang. Ini adalah untuk menentukan kawasan RC Kerb kerana batu-bata akan dipasang di atas RC Kerb tersebut. Kelihatan pipe putih kecil yang melintang adalah Basin outlet.

Sebelum dikonkrit, Structure Clerk Of Work atau pun Pemeriksa Struktur akan melakukan inspection untuk memastikan segala penasangan besi adalah mengikut spesifikasi Jurutera Struktur dan Akitek Clerk Of Work ini adalah dari pihak pemilik bangunan atau konsultan yang dilantik oleh pemilik bangunan.

Ini adalah proses yang getir kerana sekiranya pemasangan struktur besi di'reject', ini boleh meninggalkan kesan yang buruk dari segi kos membaiki dan masa.

Slab opening untuk laluan concrete pipe.

Kelihatan ialah getah penghadang atau ia biasanya dipanggil 'Rubber Joint Water Stop'. Gunanya ialah untuk menghadang air dari memasuki liang2 konkrit yang halus sekaligus mengelakkan dinding konkrit daripada kebocoran. Ia biasanya dipasang di kawasan tangki air konkrit, landskap, kolam dan sebagainya.


Rakan sekerja saya, En Andy Erwan adalah Senior Site Agent di site ini. Kelihatan beliau sedang memantau pekerja2 binaan.
Category: Comments

Boleh Komen di Sini


ShoutMix chat widget

FACEBOOK

Related Posts with Thumbnails

Klik Di Sini

Click Here And Earn Money